Posted on

Korban untuk sebuah keselamatan diri dan amal ibadat itu,,

Jalan dari tanah air ke sana itu,,
Jalan dari tanah air ke sana itu,,

Salam sejahtera,,

Salam Selamat Hari Raya Haji atau Qurban atau Korban buat tahun ini sekali lagi
Terimakasih Allah,masih upaya hidup atas rahmat Allah walau sekadar biasa biasa
Bersyukur atas sebuah nikmat pemberian Allah kerana boleh sambut hari raya lagi
Walau tidak ke tanah suci namun boleh rai bersama ibu dan keluarga lebih selesa

Salam Selamat Hari Raya Haji ketika orang -orang Islam di Malaysia berhari raya korban itu
Nun di tanah suci Mekah dekat Mina mulai Sabtu,Ahad,Isnin dan Selasa tanggal 10-13 Zulhijjah
Tentu temui sejarah hidup tersendiri dalam episod melontar batu di ketiga-tiga Jumrah itu
Iaitu Jumrah Kubra,Jumrah Wusta dan Jumrah Sughra,jalanan hidup bergelar haji atau hajjah

Terus temui tajuk korban untuk sebuah keselamatan diri itu,antara yang tercabar ketika ini
Khasnya buat orang yang sedang laksanakan ibadat haji di tanah suci Mekah semoga sihat selamat
Selamat melontar,semoga tidak lupa gandakan doa di permudahkan melontar untuk ibadat haji ini
Ujian Allah dan godaan halus dari Syaitan tetap/mungkin di lalui sebelum/selepas ibadat haji tamat

Episod korban untuk sebuah keselamatan diri dan amal ibadat itu boleh jadi seperti berikut:

1.Korban rasa mahu riuh rendah seronok ketika melontar itu,,

Korban untuk sebuah keselamatan diri itu,jaga adab ketika melontar di Jumrah sana situ
Orang Perempuan mesti jaga diri agar tidak melontar batu seperti melontar lembing di acara sukan
Ikut ajaran sunnah Nabi Saw,lontar dengan sopan tutup aurat elak angkat tangan terlalu tinggi itu
Pelbagai rasa pengorbanan dalam melaksanakan ibadat haji seiring kejar pahala yang di temukan

Maaf,,Terkadang temui orang getawa riang ria,riuh rendah tidak peduli orang sekitar itu
Kerana terlalu seronok dan happy mampu buat lontaran batu jatuh dan masuk dalam jumrah
Kalau orang lelaki,,di kira tidak mengapa,jika orang perempuan muda sila jaga adab sopan itu
Saya pernah rasa bahagia dan happy ketika melontar,tetapi saya tahan diri dan pasrah

Saya ketawa dalam hati dan hanya Allah tahu betapa syukur jika dapat buat lontaran itu,,
Maaf,,jangan bangga diri,,pernah terjadi kepada seorang hamba Allah yang saya jumpa
Beliau tidak mampu melontar kerana gangguan syaitan ketika melontar di Jumrah itu
lalu beliau buat upah kerja melontar dan kembali solat sunat taubat ,Alhamdulillah ok juga,,

Mohon perlindungan Allah,,,teruskan doa,,,jangan takut,,Ujian Allah,,tidak percaya terserah,,,

2.Korban diri dari hasutan syaitan iblis pelbagai
Syaitan terus berusaha rosakkan ibadat haji dari sebelum hingga selepas buat ibadat haji,,
Solusi,,mesti gandakan doa,,doa itu,,elak takabur pada Allah,elak hina sesama hamba Allah,
Elak bangga diri di tanah suci,elak umpat fitnah,termasuk elak umpat soal makanan di sana,,

3.Korban masa rehat
Yang ini untuk kejar pahala berganda dengan episod tawaf sunat,
Bahagianya jika mampu buat tawaf sunat berulang kali penuh tertib ikut bacaan di hafal itu
Kurangkan drama membeli-belah ketika temui masa rehat panjang,jika sihat sila pendekkan rehat

4.Korban masa tidur
untuk kejar pahala berganda di tanah suci dengan amalan soleh pelbagai boleh di amal itu

5.Korban masa emas untuk nikah atau kahwin di tanah suci ketika musim haji masih berjalan belum tamat

6.Korban rasa mahu pakai pakaian bergaya bagi lelaki yang bukan pakaian ibadat haji ketika musim haji berjalan itu

7.Korban rasa cemburu jika pasangan anda kerap naik angin marah di tanah suci
dan elak sengketa atau cerai berai angkara hasutan iblis atau ketika ujian Allah datang lagi,

8.Korban wang ringgit jika berlebihan untuk kejar pahala sedekah wang itu,,

9.Korban binatang ternakan jika mampu buat korban unta supaya lebih berdaya saing,Yang ini jika di tanah suci Mekah atau di mana sahaja,selepas solat sunat Hari Raya Haji,semua orang itu di kira telah tahu,,sekadar ingatan ringkas di sini,,terserah,,

Maaf tercatat antara pengalaman saya ketika di tanah suci Mekah dan Madinah,9 tahun dahulu,sekarang saya hanya mampu lihat dari jauh,Korban lain lain lagi
terserah kepada anda,,

Sekian,,kepada orang-orang Islam yang sedang buat ibadat haji di tanah suci Arab ketika ini,semoga beroleh haji mabrur dan di berkati hidup sebagai orang Islam soleh/solehah oleh Allahtercapai @ cukup rukun Islam ke-5,,Salam Tahniah,,

Akhir kata Selamat Hari Raya Haji@Qurban @Korban 2014,,Maaf zahir batin,,

Terimakasih,,,,

One thought on “Korban untuk sebuah keselamatan diri dan amal ibadat itu,,

  1. pest control services san diego

    Korban untuk sebuah keselamatan diri dan amal ibadat itu,, | Blog Majalah Orangitu