Posted on

Susu Kambing Pra-Campur

Salam sejahtera,,,

gambar hjhche
gambar hjhche

Kembali ke sisi blog kali ini temui sebuah kesinambungan berkaitan produk susu kambing sebelum ini
Maaf saya ambil satu produk contoh yang saya rasa boleh di kongsi dalam blog waktu ini,,

Apakah benda susu Kambing Pra-Campur ini?
Tengok gambar,kali ini produk keluaran Muslim buatan Malaysia di kilang di Kota Bharu Kelantan
Hingga entri di tulis,ia di kata antara ekstrak campuran makanan Sunnah Hasanah (Islamik) ketika ini,,

Antara bahan Kandungan dalam setiap satu paket 25gm ialah:
1.Ekstrak Susu Kambing
2.Krimer bukan tenusu
3.Gula Halus
4.Ekstrak Kurma
5.Habbatus Sauda
6.Buah Tin
7.Buah Delima
8.Kismis
9.Za’faran
10.Madu Lebah
11.Zaitun

Dari bahan kandungan berikut 4 maklumat nutrisi saiz hidangan bagi setiap bungkusan 25gm:
1.Tenaga 116Kcal
2.Karbohidrat 19.1 gm
3.Lemak 4gm
4.Protin 0.8gm

Komen pasal nutrisi??
Tidak temui kadar kolestrol dalam produk ini,,
Semoga bebas kolestrol dan bebas gula sukrosa sebab gula buah kurma lebih baik dari gula sukrosa,,
apa pun ,,terserah,,

Komen pasal rasa?
Emak kata produk jenis ini,antara yang tidak punya rasa hanyir dan tidak berbau kambing,,,
kira bagus ,,minum bila perlu elak berlebihan,,mampu atasi gejala gastrik beliau,,
sebab itu terus beli satu bandel seperti gambar atas,,
Terimakasih kepada pihak pengeluar,,

Untuk siapa dan kenapa susu kambing pra-campur jadi koleksi di sini?
1.Untuk orang yang suka mahu minum air susu kambing, yang ini di kira sedap
2.buat orang yang punya masalah gastrik,antara usaha atasi gastrik teruk atau kronik
atau gastrik biasa-biasa
3.Antara contoh produk kesihatan ala-sunnah jika minum sedikit bukan keterlaluan
4.Atasi masalah kesejukan dalam badan,sebab ia di kata buat badan jadi panas,,,
sebab ini,,elak minum berlebihan,,,
5.Temui sedikit lemak untuk orang yang mahu badan sedikit gemuk elak badan terlalu kurus
6.Bahan habbatus sauda dikata kandungan awet muda, bertenaga dan
mampu rawat 1000satu macam penyakit,,Manusia rancang Allah tentukan,,terserah,,
7.Za’faran,zaitun,madu lebah,buah delima,kurma sumber bahan awet muda arah usaha badan sihat,,
8.Kismis untuk minda sihat ala sunnah,,

Betulkah minum susu kambing mampu atasi masalah kuning pada badan si anak kecil???
Atasi masalah anak kecil yang punya masalah kuning badan selepas bersalin itu??
Biasa dari jenis produk susu kambing tanpa campuran bahan lain,,
Yang ini sila dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu,,
sebab produk ini khas buat orang dewasa,maaf,,maklumat lanjut boleh juga rujuk pihak syarikat,,

Cara minum?Bagaimana mahu minum ?
Ambil 1/2 hingga Satu paket bancuh dalam air kosong 150ml-200ml atau segelas,
minum 1-2  kali dalam sehari ikuti minum air kosong selebihnya,,
jika serasi sihat dan tanpa rasa kesan sampingan
dan jika tidak serasi dengan badan henti minum,,,terserah,,,

Antara sedikit kesan sampingan jika minum berlebihan?
1.Rongga dalam badan rasa panas ,,,
2.mungkin rongga dalam mulut turut rasa kering,,
Solusi,,
1.minum lebih air kosong selepas minum susu kambing ini,,
2,Elak ambil minum lebih 3 paket dalam sehari 24 jam,,
3.Elak minum setiap hari ,cuba ambil selang sehari atau 3 kali dalam seminggu,,

Cara simpanan:Bagaimana mahu simpan susu kambing ini?
Sebelum di bancuh:
1.Simpan dalam suhu bilik,
2.Lindung dari cahaya panas terik
3.Jauhi habuk ,kotoran ,racun dan anak kecil

Setelah di bancuh:
1.Simpan dalam peti sejuk dalam tempoh 24 jam,selepas 24jam sila buang
bancuh baru elak jangkitan bakteria/virus/benda asing/kotoran,,
2.Sila minum segera elak basi atau kualiti bahan awet muda bertenaga
mungkin turun jadi zero atau kurang,,

Sampai bila mahu minum susu kambing ini?
Jika suka,badan sihat dan serasi terserah kepada anda,,,

Berapa harga satu bandel di atas?
Ketika ini,,Harga satu bandel lebih murah 20 paket berharga RM30//=
Mohon halal,,

Dimana boleh dapatkan produk Susu Kambing Pra-Campur ini?
Hingga saat entri ini di tulis boleh cari beli di kedai runcit Melayu,,
toko kedai barangan herba  Melayu atau Restoran  Melayu tertentu,,,
Paling jelas dari sumber kilang di NIFA Biotech Industri Sdn Bhd melalui
Pengedar Nifa Sales And Marketing,PT2501,Tingkat 1,Kota Kenangan,
Jalan Hospital 15200 Kota Bharu Kelantan,,

Kesimpulan:
Bagaimana kesimpulannya??Boleh cuba untuk sihat sila beli dan minum,
Bagus untuk orang yang punya gejala gastrik jika serasi sihat
Produk berkualiti,awet muda bertenaga, ,halal,tidak hanyir di minum
majukan bisnes antara orang Islam semoga selamat terus sihat.

Nota kaki:
Terimakasih sumber bahan rujukan,
Nifa Biotech Industry Sdn Bhd(n.d.) Susu Kambing Eksrak Makanan Sunnah(Brochure).
Kota Bharu ,Kelantan, Malaysia.Nifa Sales and Marketing.

Sekian,,Terimakasih semua,,

5 thoughts on “Susu Kambing Pra-Campur

  1. Sebenarnya saya belum pernah rasa dan minum produk ini,
    maaf,,sebab saya tidak suka minum susu kambing,,yang ini sekadar blogging,,

    Stok terkadang susah di dapati di sekitar Bukit Beruntung,
    Biasa beli untuk warga emas iaitu emak saya,
    yang punya gejala gastrik,, kini kembali sihat,,,Terimakasih,,,
    Sekian,,

  2. Bila habis stok ,,apa alternatif lain??
    Tunggu ,,kalau sempat saya akan buat sebuah lagi catatan lanjut berkaitan susu kambing,,
    dari kompeni berbeza,,,agak panjang,,elak bosan,,,sekian,,Terimakasih,,

  3. Emak kata selepas amal minum susu kambing ini,,kaki bengkak beliau telah surut,,
    semakin hilang rasa sakit sengal lutut atau tulang termasuk atasi masalah lenguh kaki
    bila duduk atau solat panjang,atau lama duduk dalam kereta,jika di jalanan,,kurang rasa letih,,,
    terserah,,,sekian,,

  4. Susu Kambing juga antara susu untuk kuatkan tulang dan gigi,,
    kepada yang tidak suka minum susu lembu boleh ambil minum susu kambing,,
    namun jenis pra-campur yang atas itu,,baik minum siang sahaja,,
    emak kata kalau minum sebelah malam susah mahu tidur lena,,
    elok minum sebelah siang hari untuk hidup sihat ceria,,,
    tidak ganggu tidur malam,,terserah,,,
    sekian,,,

  5. Harap di suatu hari nanti,,pihak pengeluar produk ini akan meletakkan kadar kalcium dalam
    bentuk miligram bagi setiap satu paket produk ini,,supaya pengguna rasa pengambilan kalsium
    untuk tulang cukup sihat elak lebih dos atau terkurang ,,,,sekian,,Terimakasih,,