Posted on

Salam Terakhir Ramadan dan Selamat Berhari Raya 2014

Raikan hari raya puasa lagi di 2014
Raikan hari raya puasa lagi di 2014
Al-Fatihah dan salam Aidilfitri 2014,,

Salam sejahtera,,salam kini salam terakhir di bulan suci Ramadan 2014
Orang sana situ tidak kira status sibuk buat persiapan hari raya puasa ini
Pelbagai jenis hiasan dan juadah jadi sasaran orang yang suka buat koleksi raya,,
Maaf,,Terlalu banyak hingga saya pilih cebisan bunga untuk koleksi blog ini

Salam Selamat Berhari Raya Puasa 2014,,,
Jika di tadirkan Allah masih hidup sihat semua orang sambut raya esok hari
Surat khabar kata kebanyakan negeri dalam Malaysia tidak buat rumah terbuka raya ini
Kerana hormati kelurga mangsa tragedi nahas malang MH17 yang tidak terperi
Termasuk mangsa tragedi MH370 yang terus dalam misteri sehingga raya ini

Buat orang yang kehilangan ahli keluarga tersayang kerana kematian atau ghaib itu
Hari raya memang jadi sebuah hari paling menyedihkan dan hanya Allah sahaja tahu
Sabar ,selagi punya hayat usaha ke arah hidup sihat mesti di teruskan demi Allah begitu
Terkadang tangisan di hati tanpa sedar mampu menitis air mata pilu@hiba boleh tahu

Hello,,salam selamat hari raya 2014 ketemu lagi,,
Sibuk buat persiapan sambut raya,,punya blog??mesti buat juga koleksi blog ini
Supaya blog di alam siber tidak sepi sambut raya 2014 ikut citaras semasa lagi
Buat persiapan ikut kemampuan diri elak ganda hutang minda sihat tidak rugi,,

Persiapan macamana lagi tahun 2014 ,,sambut raya?
Allah,,oh ya Allah,,,yang penting mesti puasa terakhir,badan sihat sedikit kira ok,,
Ayuh akhir blogging saya mahu sambung kemas rumah ala kadar sebab tidak kaya
Kalau kaya Islam suka Allah kasih jika mampu sedekah apa jua perhiasan dunia,,ok

Perhiasan hati baca al-Quran untuk sebuah ketenangan hidup kearah sihat
Perhiasan dalaman diri,dari vitamin arah sihat bertenaga dan awet muda tentu
Perhiasan luaran ,,elak pakai barang kemas bergayut,elak peragut dan pahat
Perhiasan juadah,,ala kadar,mak datuk maaf,,saya tidak upaya beli kueh berlori itu

Perhiasan rumah,,jika mampu buat yang terbaik ikut kepuasan hati dan citarasa
Namun Awas,, mesti berhati-hati bukan ikut suka hati elak risiko mendatang itu
Risiko???maaf,,semua orang itu di kira telah pun tahu,,terserah rasa
Apa lagi???Err,,cat rumah tahun lalu telah jadi coretan klasik si anak kecil itu

Allah,,Oh Ya Allah,,Semoga Allah berkati hidup saya dan kalian
sehingga lepasi lebaran 2014 dan hingga akhir nanti,,,,

Sekian,,dahulu,,buat kali ini,,

Salam terakhir Ramadan & Salam selamat hari raya puasa 2014,,
mohon maaf zahir batin,,,

Terimakasih semua,,,
dari saya hjhche

One thought on “Salam Terakhir Ramadan dan Selamat Berhari Raya 2014

  1. Hari Raya 2014 mula di rai pada 28/07/2014,,hari Isnin hari ini,,,