Posted on

5 cara elak guna ubat suntik kencing manis

Biasa kencing manis tahap bahaya,,

Salam sejahtera,

Temui entri kali boleh jadi antara usaha hidup sihat panjang umur,,
Jika di izinkan Allah ,,orang sana sini mampu usaha rawat dan doa sihat
Kembali hidup walau keluar masuk wad sebelum ajal,,kira masih punya umur
Sambung entri ubat/perihal sakit dan pesakit kencing manis arah usaha sihat

Antara 5 cara elak guna ubat suntik kencing manis:

Biasa kencing manis tahap bahaya,,
3 ubat suntik ,kencing manis itu,,

1.Usaha rawat dengan ubat biji sahaja
Usaha rawat gejala kencing manis dengan rawatan ubat biji sahaja
Elak guna jenis ubat suntik jika takut,tidak suka dan tidak rajin buat suntikan

Boleh rujuk entri rawatan ubat biji kencing manis sebelum ini,jika mampu sihat

Buat pilihan jimat kos dan serasi badan elak kesan sampingan yang teruk
Pilih kombinasi rawatan ikut nasihat doktor bukan ambil kesemua jenis ubat itu
Biasa di temui kombinasi rawatan Glibenclamide + Metformin +Acarbose jika teruk
atau Gliclazide + Metformin + Acarbose atau Sitagliptine yang mahal sendirian itu

Biasa jika tahap kencing manis rendah tidak tinggi,sila terus disiplin makan ubat
Usaha elak tambah dos atau ubat tambahan lain termasuk elak guna jenis ubat suntik
serta campur ikut disiplin di bawah,,,

2.Tahan nafsu makan lebih gula

Cup cake kelihatan manis itu,,
buat cup cake kurang gula atau guna gula alternatif,makan sebiji bukan semua jika sudah kencing manis,,,

Usaha hingga mampu sihat elak guna ubat suntik,,sila disiplin tahan nafsu makan lebih gula
Jika tidak mampu tahan nafsu makan/minum lebih gula pasir,,bersedia guna ubat tambahan ,,
Termasuk ubat jenis injek atau tambah ikut isu disiplin bawah ini,pilih rendah gula

3.Pilih makan/minum rendah@tanpa gula
Jika suka boleh usaha cari dan ambil gula alternatif dalam makanan dan minuman
Atau buat pilihan gula alternatif ,,,,Yang ini tunggu entri akan datang,,,

Kaedah ini jika di kira mampu buat pesakit tidak perlu guna ubat injeksi
atau tidak lagi ambil makan ubat biji dengan dos berganda ,,,

Sebab kadar gula darah di kata telah terkawal dan gejala sakit kencing manis hilang,,
Badan di rasa kembali normal,,

Sebahagian pesakit hanya dapatkan rawatan doktor untuk maklumat terkini kadar gula darah,
tetapi sudah berhenti makan/injek tanpa pengetahuan dan arahan doktor

err,sesetengah misi akan diam terpaku jika pesakit enggan makan ubat,,
Temui juga yang suka marah orang sebab tidak ikut arahan doktor,,,
Sebab biasa ubat moden ini jika sudah di makan tidak boleh henti mendadak atau
henti makan begitu sahaja elak kesan sampingan termasuk pengsan secara tiba-tiba,,
namun ,,terkadang ambil lebih ubat juga boleh pengsan,,macam mana???
Jadi apa pun,,,terserah,,tahulah makcik/pakcik urus diri sendiri,,,

4.Amalkan gaya hidup sihat
Yang ini seperti biasa sudah jadi satu kemestian buat orang yang mahu hidup sihat,,
Bersenam atau aktiviti guna lebih tenaga,,antara usaha kurangkan kadar gula,,
terserah,,,,,,,,tambah disiplin isu bawah,,

5.Minum lebih air kosong
Yang ini juga di kira sudah jadi perkara asas dalam dunia hidup sihat,,
Amalkan minum lebih air kosong tanpa gula atau campur guna gula alternatif ,,

Bolehkah Ambil ubat jenis tradisional itu??
Bab ini saya tidak berani syorkan,,termasuk buat catatan di blog,,,
Sebab pihak KKM dari KPK(Ketua Pengarah Kesihataan) hingga MEnteri Kesihatan
tidak galakkan ambil guna ubat tradisonal terutama yang tidak berdaftar dengan KKM
(Kementerian Kesihatan Malaysia)elak kesan lebih buruk atau pelbagai,,
apa pun tunggu perkembangan isu semasa terkini,,

Akhir kata,orang boleh usaha hidup sihat,namun Allah jua penentu segalanya,

Sekian,,

Terimakasih,,

One thought on “5 cara elak guna ubat suntik kencing manis

  1. Maaf,,edisi pantun Melayu kali ini tidak muncul,,saya masih di jalanan sana sini,,
    kurang fokus,,selamat berpuasa sunat Syaaban kini dan selamat bercuti sekolah
    buat yang bercuti sekolah,,sebab sesetengah sekolah Tahfiz swasta,,seperti anak saudara saya itu,,
    tidak bercuti, pun,,,terserah,,sekian,,