Posted on

4 alasan pilih jarum suntik saiz paling halus untuk injek insulin itu

novofine(R) antara jarum insulin

Salam sejahtera salam sesuci bulan Rejab seiring doa mohon rahmat Allah dapat berkat
Segala kerja dunia nyata hingga kerja blogging alam maya dalam usaha sihat sampai alam Akhirat

novofine(R) antara jarum insulin
jarum saiz paling halus
ok,,

Apa lagi kesinambungan cerita kali ini?
Tengok tajuk,,izinkan saya tambah sedikit isu berkaitan jarum cucuk insulin itu.
Walau takut lihat jarum,kurang arif pasal jarum, kurang terdedah dengan jarum-jarum ini
Namun saya punya rasa hati mahu buat entri jarum kerana sedikit terpanggil begitu.

Apa itu jarum suntik ?
Jarum suntik di sini ialah benda besi halus, kecil ,sedikit besar dan tajam itu
ikut saiz dan jenama pelbagai untuk orang yang disahkan doktor perlu di suntik
dengan ubat jenis injeksi@suntik itu,,Maaf bukan jarum jahit baju itu

Lebih lanjut Terimakasih sumber boleh klik Jarum suntik
Boleh rujuk website Novo Nordisk untuk lihat saiz jarum paling halus sesuai itu,

Untuk siapa dan kenapa buat entri pasal jarum halus itu?
Khas buat orang-orang itu yang hidap kencing manis terpaksa beli guna jarum suntik itu
termasuk orang yang sudi baca ,,ke sini,,Terimakasih,,

Antara 4 alasan pilih jarum sesuai halus itu:
1.Elak rasa sakit
Ayoyo,,Misi,, saya rasa sakit bila buat cucuk ubat insulin ,,
Alahai Makcik juga rasa sakit dan takut mahu guna ubat insulin itu
Pak Cik sana sudah pengsan masuk wad,,kerana episod cucuk insulin
Pak Cik lain kata,doktor tidak tahu,Pak CIK tidak guna pun ubat insulin itu
Sebab sakit dan takut ,termasuk tidak mahir injek insulin,

Ini antara keluhan orang yang terpaksa hadapi sakit kesan guna jarum suntik insulin,,
Anda bagaimana????Syukur jika mampu elak,,mohon perlindungan di jauhi Allah,,

Kenapa boleh jadi sakit dan takut dengan jarum insulin?
Majoriti kerana terpaksa beli jarum ikut stok semasa di kedai farmasi swasta terdekat itu
Biasa di dengar,,jarum saiz paling halus habis stok,tempat lain susah pergi,,rasa jauh penat,,
terpaksa guna beli jarum saiz besar untuk teruskan episod cucuk insulin untuk seketika itu
Sekali cucuk rasa sakit,,tambah episod cucuk seterusnya jadi nyilu rasa takut sangat

kecuali yang berani dan sudah mahir tidak lagi takut jarum suntik,,

2.Elak darah keluar banyak
Ayoyo,,,Ah Moi,,saya cucuk insulin darah keluar banyak,,takut wuo,,,

Apa pasal darah keluar banyak??
Lagi sebab guna jarum bukan saiz paling halus yang lebih selamat itu
Termasuk suntik di tempat hampir sama ulangkali dan telah terkena urat besar darah keluar banyak
Biasa yang masih baru guna belum mahir cucuk insulin,,bila telah mahir kurang masalah itu

3.Elak parut cucuk jadi besar itu
Bila guna jarum kurang atau tidak sesuai atau bukan saiz sangat halus
Mungkin risiko dapat kesan parut atau lebam hasil kerja cucuk insulin itu
Kalau luka termasuk darah keluar banyak sila tukar jarum saiz paling halus

termasuk sila segera dapatkan rawatan luka dengan doktor secepat mungkin,,
terserah,,cepat rawat luka elak jadi parah,,,,

4.Usaha ke arah dos ubat tepat
Jarum paling halus biasa tidak sakit dan beri lebih yakin selamat
dan tumpuan untuk buat kerja injek ke bawah tisu kulit tanpa rasa takut dan tepat
Situasi selesa buat proses injek ubat lebih baik,elak/kurang silap dos injek hingga tamat.

Sekian,dahulu,

Nota Kaki:
Terimakasih sumber rujukan jarum:
wikipedia(n.d.).Jarum hipodermik:Jarum suntik.Retrieved from http://wikipedia.org.

Terimakasih semua,,,

4 thoughts on “4 alasan pilih jarum suntik saiz paling halus untuk injek insulin itu

  1. Alasan di atas mampu di atasi dengan menggunakan pennovo4(R) yang telah di cipta khusus bersama jarum saiz
    terkini halus,,novofine(R) sesuai ,,selamat,,tidak sakit beri lebih keyakinan,,boleh di kata antara yang terbaik,,sekian,,,

  2. Dekat mana saya boleh dapatkan jarum ni..

  3. Salam,,biasa jika temui pen novo yang original akan di jual bersama jarum novofine
    yang original paling halus atau ikut saiz sesuai telah di ciptakan,,
    boleh cuba cari di kedai farmasi swasta,,,tertentu sekitar anda,,

    Sebenarnya jarum paling halus lebih sesuai untuk orang yang berbadan sederhana
    kecil dan biasa-biasa sahaja,,mungkin juga termasuk anda,,,

    Namun Maaf,,Kalau orang yang berbadan seperti gambar anda ini,,err,,
    baik anda cuba kategori jarum yang bersaiz sesuai dengan anda,
    elak jarum terpatah dalam kulit badan yang kelihatan kuat dan kental itu,,,
    terserah,,

    atau minta tolong taukeh farmasi swasta itu tolong orderkan dari wakil jualan pihak novo nordisk
    yang sesuai untuk orang berbadan tegap,kental seperti anda,,selepas itu sila buat baki bayaran seterusnya,,
    selamat mencuba,,

    sekian terimakasih,,,

  4. Atau jika sesiapa di luar sana yang boleh tolong pakcik gambar atas itu sila telepon atau fb beliau
    Ezam Aziery itu,,,sekian,,,