Posted on

Hello,ini Pen dan jarum novo untuk orang yang kencing manis itu

Pen pilihan popular farmasi KKM

Salam sejahtera,,

Pen pilihan popular farmasi KKM
novopen4 original, percuma di farmasi KKM dan jarum beli sendiri di kedai farmasi terdekat anda,,
gambar hjhche

Salam selamat sihat cucuk@injek ubat suntik buat pesakit kencing manis sedunia,
Temui kali ini entri selanjutnya susulan dari ubat injeksi untuk atasi sakit kencing manis

Orang sana sini mahu tahu lebih lanjut???Terimakasih sumber link berikut,,
klik bawah sini,,
NovoPen® 4 – Novo Nordisk A/S.

Apa itu pen dan jarum novo???
Ikut istilah Bahasa Malaysia ,pen dan jarum novo di sini ialah pen dan jarum
keluaran kompeni novonordisk ikut link di atas yang sesuai di guna masuk
bagi ubat jenis insulin penfill dari entri sebelum ini khasnya Insulatard penfill,
Actrapid Penfill dan Mixtard Penfill di Malaysia hingga saat ini,yang popular
mudah di dapati ialah jenis NovoPenR4 dan jarum novofine keluaran novonordisk.

Yang ini,Bukan pen dari kompeni selain dari novonordisk,seperti Eli Lily
atau Pen Glargine itu,,

Untuk siapa dan kenapa pula mahu guna atau pilih pen dan jarum novo itu?
Ikut nasihat dan arahan doktor,tentu sahaja buat sesetengah orang sakit kencing manis
yang perlu guna pen novo,jadi pilihan utama seperti novopenR4 dengan jarumnya.

Namun yang jelas dari kehidupan ini,ketika ini di dapati,,,
antara sebab pilih jenis novoPenR4 dan jarum novo tentu sahaja untuk lebih selamat,
lebih senang di guna suntik dan agak mudah di dapati,

Biasa jika guna syringe,,terkadang pesakit sudah injek lebih dos atau salah dos,,
Syringe cepat rosak,ketat dan nombor unit dalam ml agak keliru,
Oleh itu novopen4 dan jarum novonordisk jadi pilihan dan kira lebih selamat guna
dan lebih bergaya,kira canggih, dalam dunia perubatan moden kini,,

Bagaimana cara dan di mana mahu injek guna pen dan jarum novo itu?
Kembara cari dari link atas itu atau link terus novoPen4 ,
Terimakasih sumber klik-klik sini,,
Satu dari Pen popular ketika ini,,di Malaysia,,

Sila ulang klik banyak kali jika link di video agak slow kerana jalur internet
agak perlahan ,,terserah,,

Ringkas ayat boleh buat injek di kulit bahagian banyak isi berlemak
seperti sekitar perut bawah pusat,paha dan punggung orang berkenaan,,
Ulang injek tempat berasingan seperti link atas atau selang 3 inci jarak
dari kawasan cucuk sekitar yang serupa,,,,

Sampai bila boleh guna jarum dan pen kompeni novo itu?
Kalau mahu jimat jarum boleh guna dan buang selepas 2 kali suntik
atau lebih selamat,, guna baru setiap sekali suntik,,terserah,,,
Sila tanggalkan jarum dari pen selepas setiap kali episod suntik di buat,,

Boleh juga suap@sapu kulit tempat cucuk ,sebelum atau selepas suntik
dengan kapas beralkohol 70% atau surgical spirit,,elak jangkitan bakteria ,,

Jika pen boleh di guna selagi belum rosak atau belum tamat tempoh,
atau ikut nasihat doktor anda,henti guna jika rawatan insulin tidak di perlukan lagi,

Berapa harga ?
Secara belian,,ikut perkembangan terkini boleh terus layari
website novonordisk itu,,atau rujuk pihak kedai farmasi sekitar anda,,
ketika ini harga mungkin sekitar lebih RM200 untuk satu novoPenR4 itu,,

NovoPen4 secara percuma buat pertama kali melalui rawatan dan nasihat doktor anda
boleh dapat dari sumber farmasi klinik dan hospital KKM ketika ini,
jika novoPen4 KKM itu ,sendiri bagi rosak ,kali kedua,ikut nasib,
risiko mesti beli sendiri,,,Jarum novo beli sendiri bukan percuma,

err,,,Sila hargai dan jaga sebaik mungkin novoPenR4 anda itu,,terserah,,

Sekian,,entri jarum dan pen untuk pesakit kencing manis,,kali ini,,

Nota kaki:
Terimakasih sumber rujukan dan link:
novonordisk(n.d.)Diabetes Care:Insulin pens and needles.Retrieved from www.novonordisk.com

3 thoughts on “Hello,ini Pen dan jarum novo untuk orang yang kencing manis itu

  1. Jenis pen novo yang lain dari novopen4 sukar di temui atau tidak terdapat di farmasi KKM
    jenis novopen3 agak susah di guna dan semakin sukar di temui di farmasi pusat kesihatan
    KKM ketika ini,,sekian,,

  2. Jika suka mahu tambah info sihat berkaitan pen-pen novo,,
    yang membina ke arah kebaikan,,sila hantar komen di bawah,,,
    Terimakasih,,

  3. NovoPen5 saya belum nampak bayang di farmasi KKM,,
    khasnya di pusat kesihatan kecil /besar kerajaan ketika ini,,

    ,di hospital pakar swasta seluruh negara Malaysia,,mungkin boleh di temui,,,
    boleh cuba cari,,soal harga lain kira asalkan hidup kembali sihat,,terserah,,,,
    sekian,,