Posted on

5 langkah sihat jika mahu minum ubat batuk itu

Goncang botol dan sukat 10ml ubat batuk ini,,

Salam sihat sejahtera di kala Disember 2013 berjalan pergi
Bersama angin lalu ,,saat insan teruskan kembara hidup dunia
Orang sana situ usaha hidup sihat pelbagai resepi teka teki
Hingga terkait di alam maya sampai di blog ini elak teraniaya

Temui apa lagi isu terkait seputar batuk itu?
Bila lihat ubat batuk air juga punya pelbagai resepi itu,,
Timbul idea untuk siapa,kenapa dan bagaimana langkah sihat minum ubat air itu
.
Antara 5 langkah sihat jika orang batuk mahu minum ubat batuk air itu:
1.Periksa kondisi ubat batuk:

1.1 Tarikh luput

Jangan lupa mesti selalu lihat tarikh luput ubat Terutama jika sampai hujung bulan dalam setiap bulan Tidak percaya,,,awas,,elak minum ubat batuk tamat tempoh,,

1.2 masih warna asal

Periksa warna asal ubat batuk dari hari ke hari,, Awas jika ubat batuk telah tercampur warna lain,, jangan minum lagi,,sila buang ubat air tanpa botol ke dalam tandas,,

1.3 bebas bahan asing

Apa itu bahan asing dalam ubat batuk??? Mana tahu bila lama tersimpan,,temui semut,lalat ,lipan atau cicak Singgah dalam ubat batuk berkaitan,,,bila penutup botol terbuka,, Sila buang air ubat dalam tandas ,jangan buang botol sekali dalam tandas,, terserah,,,dapatkan yang baru,,

1.4 jenis kesan sampingan

Jika mahu bawa kenderaan atau buat sesuatu kerja guna mesin Pastikan jangan minum ubat batuk jenis kesan sampingan mengantuk, Elak kemalangan yang tidak di undang,, Buat pilihan lain yang tidak beri kesan mengantuk,,terserah,, Tetapi jika malam mahu tidur silakan minum,,namun jangan terlalu lewat Elak mungkin susah mahu bangun tidur awal pagi,,,

1.5 elak ubat tiruan

Yang ini kalau tersilap pilih beli ubat tiruan,, Awas kesan sampingan yang tidak di undang datang,, Pastikan beli ubat tulin berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Jika di Malaysia,,periksa label hologram MeditagTM serta nombor MAL dot,,dot,,

1.6 tanda halal

Yang ini ,saya tidak boleh komen banyak,,TAKUT,,,, Ustaz kata asal benda tidak punya kandungan bahan haram,bersih Contoh ,termasuk Ubat boleh di minum atau makan jika tidak bertanda halal,, Apa kata JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,, Terimakasih sumber klik sini,, Mohon halal Periksa tanda halal itu,,,Terserah,,,

2.Goncang botol ubat

Sila goncang botol ubat air terlebih dahulu sebelum minum Supaya bahan aktif ubat batuk betul 100% terkandung dalam setiap 5ml ubat air yang di minum untuk kesan yang lebih baik,,,terserah,,

3.Hirup perlahan-lahan

Minum ubat batuk cara hirup perlahan-lahan sendirian ,, Tunggu lebih 10 minit ke atas baru minum air kosong ,, Untuk beri kesan terbaik tindak balas ubat pada tekak yang batuk,, Agar air tidak cepat bawa ubat batuk masuk dalam perut yang tidak batuk,, Fahamkan,,terserah,,,

4.Ikut selang masa di tetapkan

Sila minum ubat batuk ikut selang masa di tetapkan,, Elak minum ubat berlebihan jika tidak ikut selang masa,, Mesti selang masa antara 4 jam atau 6 jam ke atas dalam tempoh 24 jam,,

5.Awasi dos ubat

Ikut aturan dos ubat ikut umur seperti di nasihatkan,, Semoga batuk anda cepat sembuh tanpa ambil minum lebih dos,, Elak kesan tidak di undang,,

Kesimpulan:

Ketika Disember muncul di 2013 saat dan ketika ini di sini
Temui sinar blogging arah hidup sihat di dunia sementara
Bertajuk 5 langkah sihat jika mahu minum ubat batuk itu di sini
Jadi koleksi blog untuk tatapan isu dunia blogging sihat elak lara.

Sekian,,Terimakasih,,

One thought on “5 langkah sihat jika mahu minum ubat batuk itu

  1. Jika orang Islam sudah tahu,mesti di dahulukan dengan bacaan Bismillah,,,
    dan doa makan/minum untuk sebuah keberkatan dalam setiap usaha hidup didunia,,,
    jangan lupa,,,sekian,,