Posted on

4 sebab orang itu di sihir

Salam sejahtera salam doa mohon restu Ilahi
Lalui hidup di dunia nyata dan dunia maya
Seiring perkembangan zaman tidak lupa Ilahi
Semoga hidup diberkati selalu walau di aniaya

Temui tajuk 4 sebab orang itu di sihir:
1.Tolak cinta buruk orang
Cinta buruk cinta susah hidup penuh dera
Tolak cinta buruk punya kesan sedia maklum itu
Antara kesan,di santau dan sihir pelbagai dera
Mangsa sihir terus benci sikap kaki sihir itu

2.Sifat Dengki irihati
Sifat dengki tidak kenal mangsa sini sana
Termasuk dengki kepada orang itu di dunia ini
Akhirat pasti punya balasan setimpal tidak ke mana
Untung orang yang tidak buat kerja hasad dengki ini

Hasad dengki antara jalan ke neraka Akhirat
Jadi sasaran mangsa yang lemah, tidak suka gaduh
Sihir jadi amalan orang yang suka aniaya, lupa Akhirat
Untuk rasa puas hati dunia sementara tumpang berteduh

3.Cemburu tidak bertempat
Dunia penuh pelbagai sikap baik dan buruk
Jadi amalan dan prinsip hidup orang itu situ sana
Antara sikap buruk susahkan orang ,hidup teruk
Bila sikap cemburu ,babi buta, jadi teman situ sana

Cemburu lihat orang itu hidup senang hati
Walau tidak kaya tidak berharta kurang berkawan
Kesan hasad dengki dan cemburu di sihir mati
Rawat dan doa pada Tuhan berjaya sihat atasi lawan

4.Pengaruh syaitan
Antara sebab orang itu di sihir tentu pasti
Hasil dari pengaruh Syaitan mahu umat kucar kacir
Hidup teraniaya ,di aniaya dan menganiaya pasti
Syaitan suka dan puas hati lihat orang kucar kacir

Sedar atau tidak sedar Syaitan terus goda sana sini
Buat sihir buat jahat buat hasad dengki buruk
Sifat sementara,amalan rugi semasa hidup di dunia ini
Teruskan doa elak  Syaitan mohon restu Tuhan elak sihir buruk

Kesimpulan:
Catatan ringkas catatan pengalaman orang itu
Temui pelbagai sebab di sihir dengki, penuh dera dan buruk
Malaikat dan Tuhan jadi saksi semoga kaki sihir itu
Insaf, pulih hati,jadi perikemanusiaan tidak bersikap buruk

Sekian,,
Terimakasih,,