Posted on

5 sebab Bayar domain ini

Salam sejahtera,salam syukur selamat dengan ujian Allah
Dahulu hingga kini di dunia nyata dan dunia siber ini
Doa,taqwa dan maksima perintah buat baik demi Allah
Biar apa orang mahu fitnah umpat pelbagai buruk itu ini

Malaikat dan Allah jadi saksi dan teman setia
Hidup terasa lebih sihat dan sejahtera jua
Awal tahun baru menjelang usia blog setahun setia
Di siber maya landasan wordpress.com jua

Bayar domain blog orang itu US26 bagi tempoh setahun ini
Bayar untuk nikmati dunia ceria happy blogging di siber maya
Sementara masih punya waktu dan kesempatan sana sini
Semoga di rahmati Tuhan di mana sahaja termasuk di siber maya

Antara 5 sebab bayar domain orangitu di pentas siber
1.Domain mampu milik peribadi
Nama domain di cipta ikut pilihan dan inisiatif sendiri
Di dunia siber terdapat berjuta nama domain sana sini
Nama domain di reka ikut kreativiti dan idea sendiri
Bayar nama domain supaya mampu jadi milik peribadi.

2.Jaga nama domain
Bila mampu milik mesti untuk jaga nama domain
Supaya hasil cipta sesebuah nama domain terpelihara
Ini antara peluang blogging alam maya ikut domain
Semoga url pada blog terus terjaga dan terpelihara

3.Blog mampu hidup indah
Dunia ceria happy blogging di pentas siber penuh ceria
Bila bayar domain,buat blog terus hidup tersenyum indah
Antara jaminan dunia on-line untuk terus hidup ceria
Semoga segala catatan maya dan domain orangitu terus indah

4.Elak blogging percuma
Bila bayar domain secara on-line melalui wordpress.com
Terasa dunia blogging dan hasil karya secara maya ini
Punya sedikit jaminan hidup di landasan wordpress.com
Hargai pentas maya dan elak blogging percuma sana sini

5.Hargai dunia blogging
Hargai dunia on-line ,hargai dunia blogging ini
Dunia blogging buat hidup lebih berfaedah,ceria
Hargai kesempatan dan ruang dunia maya sana sini
Bayar nama domain,nikmati dunia blogging penuh ceria

Kesimpulan:
Antara 5 sebab bayar nama domain orangitu
Kini jadi antara koleksi catatan maya tahun baru
Tambah blog posts antara harapan blogging orangitu
Semoga impian dunia blogging terus segar terharu.

Sekian,,
Terimakasih.