Posted on

Konspirasi yang berterusan itu,,

Salam sejahtera,,

Konspirasi yang berterusan itu,
Apa itu konspirasi?
Konspirasi itu di sini lebih kurang
usaha kearah jatuh, ,jahanam ,lingkup,
rosak,punah,atau musnah sesama orang lain itu.
tidak kira agama,bangsa dan negara.
Tua atau muda atau dewasa itu.
Berpangkat atau tidak berpangkat itu.

Konspirasi yang berterusan itu,
Wujud dalam dunia nyata,hayalan dan mimpi.
Wujud bila perasaan cinta tidak berbalas
wujud bila ada episod dendam terpahat di dada
wujud bila mahu jaga imej sendiri baik,
imej orang lain terus di sihir busukkan
wujud bila maruah sendiri di jaga elok,,
maruah orang lain di jual ikut suka hati,
wujud bila perasaan cemburu tidak bertempat
hantui diri orang yang suka buat konspirasi.
wujud bila ada yang rasa megah bangga diri
atas kebesaran pangkat di dunia
atau rasa hebat menolong orang berpangkat
aniaya orang yang malang itu.
bukan mahu kerja umpat di sini,,
tetapi sekadar ingatan kepada sebuah keinsafan.
Dunia hanya pinjaman dan sementara.

Konspirasi yang berterusan itu,
Terutama konspirasi sihir dengki ,
Terus bermaharajalela ikut suka hati
Ada di laut,darat ,desa dan bandar
Ada di dunia nyata di dunia internet.
Ada di kiri kanan,atas bawah sekitar hidup
Ada di saat siang dan malam itu.
Ada di saat hujan,panas ,ribut taufan,gerak gempa,
Ada di saat terleka,lalai, rehat ,tidur,gembira,
di saat sedang makan ,minum ,termasuk bekerja.

Konspirasi yang berterusan itu,
Adalah konspirasi terhadap dunia dan kehidupan
pada sy, orang itu di kayangan sana sini,
dan sebahagian mereka yang malang itu.

Konspirasi yang berterusan itu,
Bila maruah dan diri sudah di jual dan di sihir busuk,
di seluruh dunia alam maya dan nyata,,
mangsa jadi benci,bosan,tidak serasi ,tidak sehaluan,
rasa tidak ada faedah untuk kebaikan sendiri
atas pengorbanan cinta itu,
buang masa ,rugi hidup,tidak ada untung,,
tidak kaya ,tidak senang ,tidak mewah hidup,
seperti jalan -jalan hidup ke neraka
Lebih susah dan indah khabar dari rupa sahaja
Mangsa konspirasi akan terus waspada
hilang kepercayaan dan terus buruk sangka
untuk keselamatan diri dan keluarga.

Konspirasi yang berterusan itu,
Telah menyusahkan sebuah kehidupan damai insan malang
Telah menjatuh dan memalukan sebuah kehidupan orang lain
Telah menghabiskan ribuan ringgit wang halal itu
Terus aniaya insan normal di kata tidak normal.
Sangat keji ,kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Konspirasi yang berterusan itu,,
Lebih ke arah guna khidmat sihir hantu,syaitan,iblis
Tidak Islamik,penuh kemungkaran dan tipu daya syaitan.
Bukan kerja halal dan tidak di redhai Tuhan.
Hanya untuk hancur dan kucar kacirkan orang lain,
Kerja jahat dan keji dan di benci Tuhan.
Untuk kepuasan hati sendiri di dunia,,
Ingat,,Akhirat ada balasan buruk buat mereka.

Konspirasi yang berterusan itu,,
Biasa terdiri dari manusia bersikap buruk
tidak berhati mulia,lemah iman dan busuk hati.
Tidak takut dan terus persenda Tuhan ,,
Tidak hormati agama dan Tuhan.

Konspirsai yang berterusan itu,,
Mohon keselamatan dan perlindungan Tuhan
Doa dan solat selalu agar selamat dari mereka.
Amal ayat seribu dinar bagi Muslim
Belajar seni mempertahankan diri,,
elak diri dari di bakar dan di bunuh kejam.
Sentiasa berhati-hati dan elak sendirian

Konspirasi yang berterusan itu,,
Tidak akan kekal selamanya,,
hanya rugikan hidup mereka yang jahat itu,,
terutama kehidupan akhirat di depan,,
Tidak mahu insaf,,terserah,,,

Sekian,,
Terimakasih,,